Perancangan & Pengurusan Pewarisan Harta Patuh Syariah
Perancangan pewarisan harta adalah satu keperluan penting yang perlu dilakukan semasa hidup, bagi memastikan harta yang dimiliki dapat diagihkan dengan teratur, adil dan mengikut prinsip Syariah selepas kematian.
Ellite Solution menyediakan khidmat perancangan dan pengurusan pusaka patuh Syariah untuk individu dan keluarga Muslim, merangkumi pelbagai instrumen perancangan yang sah di sisi undang-undang dan hukum Islam.
Kenapa Perancangan Pewarisan Harta Penting?
- Mengelakkan harta pusaka beku
- Memastikan waris menerima hak dengan lancar
- Melindungi pasangan dan anak di bawah umur
- Mengurangkan konflik dan pertikaian keluarga
- Menjamin pematuhan kepada hukum faraid dan Syariah
Instrumen Perancangan & Pengurusan Pusaka
Dokumen bertulis yang membolehkan pemilik harta menetapkan hasrat pengurusan harta selepas kematian selaras dengan hukum Syariah dan peruntukan undang-undang.
Pemindahan milik harta seperti rumah atau tanah kepada penerima semasa hidup bagi memastikan harta dapat diagihkan tanpa proses pusaka yang rumit.
Hibah bagi harta yang masih mempunyai pinjaman seperti rumah atau aset yang dibiayai oleh bank atau institusi kewangan.
Melibatkan aset alih seperti kenderaan, simpanan, atau barangan bernilai tinggi yang ingin dihibahkan kepada penerima tertentu.
Perancangan pewarisan bagi pemilikan saham koperasi agar manfaat dapat disalurkan terus kepada waris yang dinamakan.
Pengurusan dokumen dan proses pentadbiran pusaka bagi membantu waris mengurus harta peninggalan secara sistematik dan sah.
Perlindungan khas untuk memastikan pasangan hidup menerima manfaat tertentu tanpa menjejaskan hak waris lain.
Penamaan amanah ke atas manfaat takaful atau insurans bagi memastikan pampasan disalurkan terus kepada penerima yang dikehendaki.
Pengurusan dana tunai secara amanah bagi tujuan kebajikan, pendidikan atau keperluan waris tertentu.
Perkhidmatan sokongan berterusan kepada waris termasuk panduan, dokumentasi dan pengurusan selepas kematian.
Siapa Yang Perlu Perancangan Ini?
Individu & keluarga yang memiliki rumah, tanah atau aset
Mereka yang mempunyai simpanan, pelaburan atau takaful
Ibu bapa dengan anak bawah umur
Individu yang ingin melindungi pasangan hidup