Membina Ketenangan Minda, Melindungi Legasi Yang Terindah.

Kami di Elite Solution sedia membimbing anda dari langkah pertama perlindungan diri, keluarga, dan bisnes sehinggalah perancangan pusaka yang sempurna demi memastikan masa depan yang lebih terjamin.

ELLITE SOLUTIONS ialah One-Stop Protection Centre yang menyediakan solusi perlindungan menyeluruh untuk individu, keluarga dan perniagaan. Kami membantu pelanggan melindungi kewangan, diri, kesihatan, keluarga, pendapatan, aset, kenderaan, perjalanan serta perniagaan melalui satu pusat rujukan yang mudah dan teratur.


Berpengalaman dalam industri takaful sejak tahun 2016, perkhidmatan kami merangkumi Takaful Keluarga, Takaful Am serta Perancangan dan Pengurusan Harta Pusaka Islamik. Di bawah Takaful Am, kami menyediakan perlindungan untuk kenderaan, perjalanan dalam dan luar negara, aset serta perniagaan. Merangkumi daripada perlindungan untuk keperluan hari ini hinggalah perancangan legasi untuk masa hadapan.


Apa yang membezakan ELLITE SOLUTIONS ialah komitmen kami terhadap perkhidmatan selepas jualan. Hubungan kami dengan pelanggan tidak berakhir selepas perlindungan diperoleh. Kami terus membantu dalam urusan tuntutan, kemasukan hospital, semakan perlindungan, pembaharuan takaful, pembaharuan cukai jalan (roadtax), tuntutan berkaitan perjalanan serta urusan lain apabila diperlukan.


Matlamat kami adalah untuk memastikan pelanggan memperoleh perlindungan yang bersesuaian, mempunyai tempat rujukan yang boleh dipercayai dan dapat merancang masa depan serta legasi keluarga dengan lebih tersusun.

One-Stop Protection Centre

Satu pusat rujukan untuk keperluan perlindungan diri, kesihatan, keluarga, pendapatan, aset, kenderaan, perjalanan dan perniagaan.

 

Pengalaman Sejak 2016


Berpengalaman membantu pelanggan dalam urusan berkaitan perlindungan takaful, tuntutan serta pengurusan harta pusaka.

Perkhidmatan Selepas Jualan

Kami terus bersama pelanggan dalam segala perkhidmatan selepas jualan seperti urusan tuntutan, kemasukan hospital, semakan dan pembaharuan perlindungan serta pembaharuan cukai jalan.

Perancangan Legasi

Melengkapkan perlindungan kewangan melalui perancangan pentadbiran harta pusaka, hibah harta, wasiat, amanah dan pengurusan harta pusaka untuk masa hadapan.

Kami mahu menjadi rakan perunding jangka panjang yang boleh dipercayai apabila anda memerlukan perlindungan, menghadapi tuntutan, mahu menyemak semula keperluan kewangan atau mula merancang harta dan legasi keluarga.

Satu tempat. Pelbagai solusi. Satu matlamat; melindungi segala yang penting untuk anda.

 

ELLITE SOLUTIONS

Protect Today. Plan Tomorrow. Preserve Your Legacy.